Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing ‘seludup dadah’ lolos dari penjara

    COLOMBO, 3 OGOS – Seekor kucing yang ditahan di penjara utama Sri Lanka ketika dikatakan cuba menyeludup dadah dan kad SIM telefon bimbit telah lolos dari penjara, lapor media hari ini.

    Kucing itu dikesan oleh pegawai perisikan penjara pada Sabtu lalu di Penjara Welikada yang berkeselamatan tinggi, kata seorang pegawai polis.

    Pegawai itu berkata hampir dua gram heroin, dua kad SIM dan cip memori telah ditemui dalam beg plastik kecil yang diikat pada leher kucing.

    Tetapi ia melarikan diri kelmarin dari sebuah bilik penjara tempat ia ditahan, kata akhbar Aruna.

    Tidak ada komen diberikan daripada pihak berkuasa penjara.

    Penjara itu telah melaporkan peningkatan dalam insiden orang melemparkan paket kecil dadah, telefon bimbit dan pengecas telefon di sebalik tembok itu beberapa minggu kebelakangan.

    Sri Lanka memerangi masalah dadah dengan beberapa detektif antinarkotik yang juga terlibat dalam penjualan dadah yang dirampas.

    Polis minggu lalu merampas seekor helang yang dikatakan digunakan oleh pengedar dadah untuk mengedar narkotik di pinggir bandar Colombo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda