Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing Turki suka berenang

    VAN – The Turkish Van merupakan sejenis kucing berbulu lembut dan berwarna putih berasal dari wilayah timur Tasik Van Turki.

    Tidak seperti spesies kucing yang lain, ia mempunyai keinginan untuk berenang, terima kasih kepada bulunya yang mempamerkan ciri unik.

    Dengan bulu ekor yang gebu, kucing ini memiliki keunikan tersendiri di mana ia akan bertukar menjadi tebal pada musim sejuk dan lebih pendek pada musim panas malah kucing ini juga boleh dikawal dan tidak liar. Kucing ini bukan sahaja disukai di Van malah di seluruh negara tersebut dan dianggap sebagai kucing kebanggaan negara Turki.

    Apabila bilangan kucing ini semakin berkurangan khususnya pada zaman yang moden ini apatah lagi usaha mereka untuk mengembangkan lagi bilangan kucing tersebut, pihak kerajaan Turki telah mengiktiraf kucing van ini dan melancarkan beberapa langkah untuk melindunginya. Beberapa buah universiti tempatan turut membangunkan beberapa program pembiakan.

    Pada hari ini, kucing ini dilarang untuk dieksport dan mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan penalti yang tinggi dan dianggap satu kes jenayah.

    The Turkish Van Cats, yang turut terkenal disebabkan oleh mata dan kulit putihnya serta ada beberapa warna di bahagian mata. – Agensi
    Dengan bulu ekor yang gebu, kucing ini memiliki keunikan tersendiri di mana ia akan bertukar menjadi tebal pada musim sejuk dan lebih pendek pada musim panas. – Agensi

    The Turkish Van Cats, yang turut terkenal disebabkan oleh mata dan bulu putihnya serta ada beberapa warna di bahagian mata dan juga ekor merupakan spesies kucing yang bertuah di negara tersebut kerana ia mempunyai peluang untuk berenang di kawasan kolam yang direka khusus untuk keperluannya oleh pihak berkuasa negara tersebut.

    Pusat Penyelidikan The Turkish Van Cat, yang terletak di bawah pentadbiran Universiti Yuzuncu Yil di wilayah Van merupakan antara agensi di sebalik projek pembiakan kucing berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 1992.

    Ketua Pusat The Turkish Van Cats, Abdullah Kaya, seorang profesor dalam Sains Veterinar berkata kepada Xinhua bahawa kolam renang tersebut dibina untuk melatih kucing itu. Latihan dibuat ketika ia masih lagi kecil bagi memenuhi keperluan semula jadinya untuk berenang.

    Masih tidak diketahui mengapa kucing van ini menyukai air, akan tetapi berkemungkinan baka kucing ini akan terus berkembang dan lebih cinta kepada air malah bulunya yang tebal seperti kot dan kalis air menjadikannya seekor kucing yang suka memburu di Tasik Van.

    Kucing Turki ini boleh dikategorikan mengikut warna mata dan bulunya. Ada yang bermata aneh – satu biru dan satu lagi coklat serta mempunyai sepasang mata biru atau kuning.

    Selain itu, ada juga kucing van mempunyai warna bulu coklat di atas telinganya atau di badannya. Kucing jantan dan betina yang terdapat di pusat penyelidikan berkenaan disimpan secara berasingan supaya penyelidik dapat mengawal pembiakan dan menjalankan kajian khusus, jelas Abdullah Kaya kepada media.

    Baka kucing juga dikatakan sebagai salah satu warisan budaya terbesar di wilayah itu. Pada zaman dahulu, setiap penduduk akan mempunyai sekurang-kurangnya seekor kucing, walau bagaimanapun, gaya hidup tersebut semakin hilang selama bertahun-tahun berikutan blok pangsapuri dan penduduk yang tidak mahu memiliki kucing. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda