MILAN, 13 Jan – Juraj Kucka dan Giacomo Bonaventura telah menjaringkan gol dalam masa empat minit di separuh masa kedua bagi membantu AC Milan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Torino dalam aksi Piala Itali, awal pagi tadi. Kemenangan itu telah menyaksikan Milan menempah tempat bagi pertembungan suku akhir menentang sebuah lagi kelab gergasi Itali, Juventus