BERLIN, 29 Mac – Penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller berharap prestasi mantap skuad akan mengekalkan pasukannya mengatasi Borussia Dortmund dalam merebut gelaran Bundesliga menjelang perlawanan menentang Freiburg esok.
Dengan Bayern dan Dortmund hanya dipisahkan dengan perbezaan gol di persada liga dan akan berdepan hujung minggu depan, ia menjanjikan minggu-minggu yang mendebarkan untuk juara bertahan itu.
Tetapi Mueller meredakan sedikit tekanan minggu ini apabila dia menamakan kudanya sebagai Manuel Neuer.
Mueller melalui Instagram berkata dia menamakan kuda baharu lahir itu sebagai Manuel kerana ia berkongsi tarikh lahir hari jadinya dengan penjaga gol Bayern yang baharu saja menyambut ulang tahun ke-33 pada Rabu lalu.
Tetapi jurulatih Niko Kovac memberi amaran bahawa Bayern sukar untuk meraih kemenangan di Freiburg esok.
“Freiburg adalah pasukan yang kuat dan kebanyakan pasukan menghadapi kesukaran untuk beraksi di sana,” kata Kovac kelmarin.
“Mereka bekerja keras mengawal bola jadi kami perlu bersedia.”
Freiburg tidak begitu menyenangkan bagi Bayern. – AFP
