Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kuda Przewalski dilepaskan di Kazakhstan

    KAZAKHSTAN, 10 JUN – Setelah mengatur beberapa langkah ragu-ragu berikutan penerbangan jauh dari Prague, tiga ekor kuda Przewalski berlari buat kali pertama ke padang rumput Kazakhstan, habitat asal bagi spesies terancam ini.

    Kuda-kuda itu keluar selepas dikurung dalam kontena selama 20 jam dan merupakan yang pertama daripada 40 ekor yang akan dilepaskan ke alam liar di negara Asia Tengah yang luas ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Pekerja melepaskan seekor kuda Przewalski ke dalam hutan di luar bandar Arqalyk pada 4 Jun. – AFP

    “Kami telah menunggu saat ini sejak sekian lama,” kata Albert Salemgareyev dari Persatuan Pemuliharaan Biodiversiti di Kazakhstan kepada AFP.

    “Banyak usaha telah dijalankan dalam beberapa bulan kebelakangan ini supaya kuda Przewalski dibawa ke Kazakhstan.”

    Projek yang dijalankan oleh zoo Prague dan Berlin itu bertujuan untuk memelihara spesies kuda yang berbadan tegap dengan kepala besar ini, yang berkongsi keturunan yang sama dengan kuda domestik moden tetapi berbeza secara genetik.

    Kuda Przewalski sering disebut sebagai salah satu baka terakhir kuda liar di dunia.
    “Kami tahu bahawa kuda Przewalski sesuai dengan padang rumput ini,” kata Salemgareyev. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...