Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Sebuah kugiran tempatan, Band Titanz berlepas Ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini untuk mempromosi lagu single mereka ‘Janji’ seterusnya mengadakan beberapa persembahan di negara itu.
Rombongan akan mempromosikan lagu single mereka ‘Janji’ ciptaan Kausar dan Zahid AF selain itu menerima undangan dari beberapa stesen TV dan radio. Kugiran dianggotai lima orang terdiri daripada Sharin Rosli (pengurus), Jury (pemain bas), Eejal (gitaris utama) , Leehin (vokalis) dan Bboy (pemain dram) akan berada di Kuala Lumpur selama lima hari.
Menurut Jury, ini adalah peluang keemasan bagi tersebut dalam usaha melangkah lebih jauh dalam industri muzik bergenre rock itu. Manakala Eejal semasa ditemui pula menjelaskan, Titanz pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Pelangi Kategori Lagu Terbaik untuk lagu ciptaan beliau iaitu ‘Misteri Cinta.’
Band Titanz berharap usaha mereka mencuba pasaran serantau akan membuahkan hasil.
