Saturday, November 23, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuih Bahulu tak lapuk dek zaman

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Kuih baulu atau bahulu boleh dikatakan antara makanan warisan dari nenek moyang kitani mungkin sudah wujud sejak era 50an atau 60an.

    Kuih trdaisional ini terus dikekalkan sehingga ke hari ini malah dipraktikkan oleh semua pembuat kuih bahulu sama ada untuk dimakan ataupun dijual kepada orang ramai khususnya mereka yang menggemari kuih-kuih yang senang disediakan ini.

    Ia biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan kenduri kahwin ia sering dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu.

    Walaubagaimanapun, ketika ini kuih tersebut boleh didapati dengan mudah dan dijual di tamu-tamu atau di pasar raya.

    KEK SPAN MANIS

    Kuih bahulu seperti kek span ini merupakan kuih kering yang tidak mudah basi dan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

    Foto Canva
    Gula antara bahan penambah rasa. – Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Agensi
    Pada zaman dahulu, kuih bahulu ini dimasak dan dibakar menggunakan sabut kelapa kerana ingin mendapatkan aroma sabut kelapa tersebut. – Kosmo Digital
    Tepung gandum merupakan bahan yang diperlukan untuk membuat kuih bahulu. – Freepik

    Pada asalnya kuih yang mempunyai rasa manis ini dimasak dengan mengikuti acuan berbentuk seperti bunga namun pada masa kini ia memiliki pelbagai bentuk seperti ikan, bulat, bintang dan sebagainya.

    Ia mempunyai tekstur yang sangat rangup di luar dan gebu dalam dan bewarna kuning keemasan setelah dimasak.

    Namun pada masa kini kuih bahulu mula berkembang mengikut selera dan gaya moden masa kini sehingga memiliki pelbagai perisa seperti coklet, pandan, strawberi, durian dan sebagainya.

    CARA MEMBUATNYA

    Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kuih bahulu yang sedap untuk disediakan?

    Berkongsi secara ringkas mengenai bahan-bahan asas utama untuk membuat kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resipi yang ringkas iaitu telur, gula, minyak masak atau minyak sapi, esen vanila, tepung gandum, tepung ubi dan baking powder.

    Manakala cara memasaknya adalah seperti berikut.

    Mula-mula sekali, masukkan telur dan gula putih. Pukul bahan-bahan tersebut sehingga kembang dan pekat untuk selama lebih kurang lima minit.

    Kemudian, masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Setelah itu, sambung pukul lagi untuk selama lebih kurang 3 minit sehingga sebati dan sekata.

    Kemudian masukkan esen vanila dan gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan spatula.

    Sementara itu, panaskan ketuhar dan juga acuan pada 200 darjah selama lebih kurang 10 minit.

    Acuan perlu dipanaskan seketika agar doh adunan bahulu tidak melekat pada acuan. Selepas itu, hati-hati ketika keluarkan acuan dari ketuhar.

    Pastikan awda memakai sarung tangan penebat haba yang tebal. Sapukan sedikit minyak pada acuan diikuti dengan dituangkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh.

    Selepas itu masukkan acuan yang berisi adunan bahulu ke dalam ketuhar yang telah panas dan bakar adunan pada suhu 200 darjah untuk selama 12 minit sehingga bahulu masak keperangan.

    Namun pada zaman dahulu, kuih bahulu ini dimasak dan dibakar dengan menggunakan sabut kelapa, kini, orang membakar kuih bahulu dengan menggunakan ketuhar.

    Akan tetapi, tidak hairan jika ada yang masih menggunakan sabut kelapa untuk membakar kuih bahulu ini selain menggunakan ketuhar kerana inginkan aroma sabut kelapa tersebut.

    Setelah siap dimasak dengan baunya yang semerbak, ia sedia untuk dihidangkan, penggemar kuih bahulu pastinya gembira kerana mereka dapat menikmati kuih bahulu ini ketika minum petang terutama jika mencicahkannya ke dalam minuman panas seperti kopi, teh atau milo.

    Bahan-bahan:

    • Telur
    • Gula
    • Esen vanila
    • Tepung gandum
    • Tepung ubi
    • Baking powder
    • Minyak masak

    Antara tip ketika menyediakan kuih bahulu:

    • Ketika membancuh tepung dengan telur, awda perlu pastikan bancuhan jangan terlalu pekat kerana bahulu boleh jadi keras.

    • Adunan telur dan gula pukul sekali. Sekali bancuh sekali pukul.

    • Telur yang siap dicuci hendaklah dikeringkan sehingga tiada air menitis.

    • Acuan hendaklah betul-betul panas. Jika tidak adunan akan melekat.

    • Sukatan telur dan gula hendaklah sama banyak mengikut resipi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda