Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuih bulan: Daripada mesej rahsia kepada perisa moden

    BEIJING – Kuih bulan bukan sekadar pastri tradisional, ia adalah simbol perpaduan, warisan dan perayaan dalam budaya Cina.

    Pastri berbentuk bulat atau persegi ini, biasanya diisi dengan pes atau inti biji teratai, pes kacang merah atau inti lain, merupakan bahagian penting dalam Festival Pertengahan Musim Luruh, masa untuk perhimpunan keluarga dan menghayati bulan suci purnama.

    Kepentingan budaya kuih bulan terletak pada perkaitan atau hubungannya dengan tema perjumpaan semula keluarga dan kesyukuran.

    Dari segi sejarah, kuih bulan digunakan sebagai alat komunikasi semasa Dinasti Yuan (1271-1368), dengan rahsia mesej yang tersembunyi di dalamnya.

    Hari ini, kuih bulan dijadikan sebagai hadiah pertukaran dalam kalangan keluarga, rakan dan rakan perniagaan, melambangkan nasib baik dan kebersamaan.

    Kepentingan budaya kuih bulan terletak pada hubungannya dengan tema festival, iaitu perjumpaan semula keluarga dan kesyukuran. – ANN/China Daily
    Kuih bulan gaya Suzhou. – ANN/China Daily
    Kuih bulan gaya moden. – ANN/China Daily
    Selain kuih bulan tradisional, kini kuih bulan kulit salji atau tepung makin digemari. – Freepik
    Kuih bulan dengan kuning telur masin. – ANN/China Daily

    Bentuk bulat kuih bulan mencerminkan bulan purnama, mewakili kesempurnaan dan keharmonian.

    Pilihan untuk kuih bulan amat berbeza-beza, mencerminkan cita rasa serantau dan juga inovasi moden.

    Inti tradisional seperti pes biji teratai dan kuning telur masin kekal pilihan klasik yang digemari, terutamanya di selatan China.

    Sebaliknya, wilayah di utara sering menggemari kuih bulan dengan inti manis seperti pes kacang merah atau jujube.

    Penyesuaian kontemporari telah memperkenalkan pelbagai perisa untuk memenuhi selera yang semakin berkembang, termasuk coklat, matcha dan juga kek bulan aiskrim.

    Perubahan moden ini menarik minat generasi muda sementara mengekalkan asas tradisi warisan Cina.

    Kulit atau bahagian luar kek bulan juga berbeza-beza, dengan kek bulan gaya Kantonis menampilkan kulit nipis dan lembut, manakala kek bulan gaya Suzhou mempunyai
    bahagian luar yang berlapis-lapis dan berkelopak.

    Kuih bulan kulit salji, dibuat dengan tepung pulut dan dihidangkan dalam keadaan sejuk, semakin popular disebabkan teksturnya yang menyegarkan serta datang dalam warna-warna terang dan menarik.

    Sebagai kesimpulan, kuih bulan kini lebih daripada hidangan bermusim; ia adalah
    wadah untuk identiti budaya dan ekspresi peribadi.

    Sama ada dinikmati dalam bentuk tradisional atau sebagai ciptaan inovatif, kuih bulan terus menyatukan orang ramai, merapatkan masa lampau dan kini dengan setiap juadah manis. – ANN/China Daily

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda