Wednesday, May 14, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuih kapit empat dara Kak Yah laris ketika Ramadan

    Gambar Bernama

    TUMPAT – Siapa sangka kuih kapit yang dahulunya sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina kini semakin mendapat sambutan oleh semua lapisan umur dan kaum di negara ini kerana rasanya yang lazat serta mempunyai bentuk menarik.

    Pengusaha kuih tradisional itu, Noriah Ramli, 47, atau lebih dikenali Kak Yah berkata kuih kapit yang diusahakannya sejak 30 tahun lepas itu semakin mendapat permintaan ramai terutama ketika Ramadan.

    “Saya terima tempahan kuih ini sejak Februari lepas kerana rata-rata pelanggan adalah peniaga bazar Ramadan seperti di Kuala Lumpur, Kedah dan Johor,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Pulau Suri, di sini baru-baru ini.

    Menurut Noriah beliau menghasilkan dua jenis kuih kapit iaitu kapit gulung dan kapit botol tetapi demi mencari sedikit kelainan dalam pemasaran produknya, kuih kapit botol yang diberi gelaran ‘empat dara’ turut dijual kerana mengandungi inti coklat keju, kacang, kuaci biasa dan kuaci coklat dalam satu botol.

    Katanya setakat ini, lebih 1,000 botol kuih kapit sudah disiapkan dan permintaan terhadap kuih kapit ‘empat dara’ meningkat tiga hingga empat kali ganda berbanding sebelum ini
    iaitu hanya 200 hingga 400 botol sebulan.

    “Kuih kapit botol ‘empat dara’ dijual pada harga bermula RM13 sehingga RM16 berdasarkan isi atau yang biasa,” katanya.

    “Walaupun kuih kapit saya mempunyai perisa, daripada segi pembuatannya ia masih dikekalkan dengan menggunakan bahan seperti tepung gandum, telur, gula dan sebagainya kerana ia merupakan resipi air tangan ibu saya, Siti Fatimah Yaacob, 68,” katanya.

    Beliau berkata pembuatan kuih kapit perlu dilakukan dengan teliti kerana selepas bancuhan tepung dituang ke dalam acuan, api perlu dikawal dengan baik bagi mengelak kuih mudah hangus.

    “Pada Ramadan ini, saya mampu hasilkan 50 hingga 70 botol sehari dengan setiap botol mengandungi 40 keping kuih kapit dan setakat ini hasil jualan mencecah lebih RM15,000,” katanya. – Bernama

    Noriah Ramli, menunjukkan empat perasa sebagai inti tambahan pada kuih kapit seperti salutan kuaci coklat, kuaci biasa, coklat keju dan kacang ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Suri di sini.
    Noriah Ramli mengadun ramuan kuih kapit di kediamannya.
    Kuih Kapit Empat Dara Kak Yah Pulau Suri yang diusahakan Noriah Ramli, 47, sejak 30 tahun lalu mendapat permintaan tinggi sekali ganda apabila menjelang Ramadan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/