YALA – Kuih “kuba guling” atau “kerbau guling” yang begitu popular di Rantau Panjang, Kelantan sehingga pelanggan terpaksa beratur panjang dan mendapatkan nombor giliran turut diminati ramai di wilayah selatan Thailand. Kuih terbabit sebenarnya tidak asing dalam kalangan masyarakat Islam di selatan Thailand yang turut memanggilnya “kuba guling” atau dalam bahasa Thailand “Khanom-Piak-Poon.” “Sambutan sememangnya amat luar biasa dengan tempahan diterima mencecah 5,000 biji sehari pada harga 20 baht