Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuih Lapis Ubi Keledek Ungu

    Versi moden bagi Kuih Lapis Nyonya tradisional ini menggunakan ubi keledek ungu untuk memberikan warna semula jadi dan rasa lemak berkrim yang unik, berselang-seli dengan lapisan santan pandan tradisional. Warna ungu terang yang menarik pasti menggoda sesiapa sahaja untuk mencubanya!

    CARA PENYEDIAAN

    MEMBUAT SIRAP PANDAN-SANTAN

    1. Dalam periuk sederhana, masukkan daun pandan, gula, dan air. Didihkan perlahan-lahan.

    2. Kacau hingga gula larut, kemudian tambah santan dan garam. Reneh selama 1 minit.

    3. Angkat dari api dan biarkan sejuk selama 15 minit.

    4. Buang daun pandan dan ketepikan.

    Gambar AFN
    Gambar AFN
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar AFN
    Gambar AFN

    MENYEDIAKAN UBI KELEDEK UNGU

    1. Kupas dan potong ubi keledek ungu menjadi kiub kecil.

    2. Letakkan dalam bekas tahan panas, tambah 2 sudu besar air, tutup, dan masak dalam ketuhar gelombang mikro pada suhu sederhana selama lima minit.

    3. Lenyek ubi hingga halus menggunakan garpu atau alat pemenyek kentang.

    MENYEDIAKAN ADUNAN

    1. Masukkan tepung dalam mangkuk besar.

    2. Perlahan-lahan tuangkan sirap pandan-santan sambil dikacau sehingga adunan menjadi licin.

    3. Bahagikan adunan kepada dua bekas yang sama banyak.

    MEMBUAT ADUNAN UBI KELEDEK UNGU

    1. Campurkan ubi keledek lenyek ke dalam satu bekas adunan dan gaul sebati.

    2. Tapis adunan ubi keledek ungu untuk hasil yang lebih halus.

    3. Ambil tiga sudu besar adunan putih dari bekas kedua dan tambahkan ke dalam campuran ubi keledek ungu untuk seimbangkan tekstur.

    PROSES MENGUKUS

    1. Sapu sedikit minyak pada loyang bulat bersaiz 7 inci.

    2. Letakkan loyang dalam pengukus dan panaskan selama 5 minit.

    3. Kacau setiap adunan sebelum menuang ke dalam loyang. Tuangkan lapisan ungu setebal 0.25 cm di dasar loyang, kukus selama 7 minit.

    4. Tambahkan lapisan putih yang nipis, kukus selama 3-5 minit. Uji dengan menyentuh perlahan – jika tidak melekat pada jari, lapisan sudah siap.

    5. Ulang proses sehingga terdapat 9 lapisan, dengan lapisan terakhir berwarna ungu.

    6. Selepas lapisan terakhir siap, tutup dan teruskan mengukus selama 15 minit. Buka penutup setiap 5 minit untuk melepaskan wap.

    BAHAN-BAHAN

    (UNTUK 20 KEPING)

    • 210 ml air

    • 210 ml santan

    • 100 g tepung beras

    • 70 g tepung ubi kayu

    • 60 g gula

    • 100 g ubi keledek ungu

    • 2 helai daun pandan

    • 1/8 sudu teh garam

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda