Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kuil Sri Maha Mariamman di Kuching dijangka siap pertengahan tahun

    KUCHING, 25 JAN – Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Batu Lintang, di sini dijangka siap pada bulan Jun atau Julai tahun ini.

    Presiden Persatuan Kuil Sri Maha Mariamman Kuching, Shankar Ram Asnani berkata kuil itu dilengkapi dengan laluan masuk melalui menara ‘Raja Gopuram’ setinggi lima tingkat yang tersergam indah.

    “Ia akan menjadi struktur ‘Raja Gopuram’ tertinggi di Borneo, kedua di Malaysia,” katanya selepas sambutan Thaipusam di tapak kuil, hari ini.

    Beliau berkata pembinaan kuil itu dimulakan pada November 2019, dan ketika ini sekitar 65 hingga 70 peratus pembinaan kuil itu telah disiapkan.

    “Jun atau Julai (tahun ini pembinaan dijangka siap). Hiasan dan lukisan, mungkin Ogos siap,” katanya.

    Beliau berkata pembinaan kuil itu membabitkan pekerja pakar dari India dan pada masa ini kemajuan pembinaannya agak perlahan kerana memerlukan banyak upacara dan kerja-kerja seni. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...