Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kukuh hubungan dua hala

    ULAN BATOR, 16 Jan – Pemimpin dari Mongolia dan Korea Selatan semalam bersetuju untuk lebih banyak usaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala di antara dua negara itu, menurut pejabat media kerajaan Mongolia.

    Perdana Menteri Mongolia Ukhnaa Hurelsukh dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-In mencapai persetujuan itu semasa mesyuarat mereka di pejabat presiden Korea Selatan Cheong Wa Dae.

    Semasa mesyuarat, kedua belah pihak bersetuju untuk melakukan usaha sama ke arah menyelesaikan isu nuklear secara damai di Semenanjung Korea dan mewujudkan keamanan di sana. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda