Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kukuh jalinan industri, komuniti

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Dalam memeriahkan lagi musim perayaan dan mengukuhkan hubungan pihak yang berkepentingan, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Pengerusi AITI.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Kor Diplomatik, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan Setiausaha tetap, pihak berkepentingan utama industri, tetamu jemputan serta anggota pihak berkuasa AITI.

    Ketua Eksekutif AITI, Haji Jailani bin Haji Buntar bersama pengurusan kanan, telah mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan.

    Perayaan tahunan itu memberikan peluang kepada AITI untuk merakamkan penghargaan kepada pihak berkepentingan dalaman dan luar atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan selaras dengan nilai membina hubungan yang lebih erat antara masyarakat.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda