Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kukuh pendidikan melalui program kolaboratif

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan melaksanakan program kolaboratif pendidikan antarabangsa bersama dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPGM-KIK) dengan melibatkan seramai 18 guru dan pelajar dari IPGM KIK di kolej universiti berkenaan.

    Dalam program itu, dua tajuk diperbincangkan dalam nadwah berkenaan iaitu perkongsian Modul BaNgKit’ (Baca, Ngaji, Kira, Tulis) disampaikan oleh Ketua Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM), Dr Wan Maznah binti Wan Harun.

    Manakala, sesi kongsi sama kedua bertajuk Penggunaan Bahasa Isyarat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Datin Siti Muhibah binti Haji Nor.

    Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 guru di bawah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Program tersebut turut mengadakan nadwah murabbi khas iaitu sebuah platform perkongsian ilmu oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan perguruan.

    Pengiran Datin Hajah Noraini bergambar ramai bersama para guru dan pelajar IPGM-KIK. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Pelajar dari IPGM-KIK semasa mendemonstrasikan bahasa isyarat. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Pada masa yang sama, acara juga diserikan dengan sesi kongsi sama pengalaman praktik mengajar dan pendekatan pengajaran berkesan antara pelajar KUPU SB dan IPGM KIK.

    Tiga pelajar program Sarjana Muda Perguruan Ugama KUPU SB dan tiga pelajar IPGM KIK terlibat dalam sesi kongsi sama berkenaan.

    Dalam sesi kongsi sama berkenaan, pelajar berkongsi pengalaman berkenaan isu-isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta beberapa pendekatan pengajaran yang dilaksanakan bagi mengatasi isu-isu yang timbul.

    Sebelumnya, para rombongan IPGM KIK membuat lawatan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah A-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong bagi meninjau dan memahami lebih lanjut berkenaan pelaksanaan kurikulum pendidikan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas di Negara Brunei Darussalam.

    Rombongan dialu-alukan oleh Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Momin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda