Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Akidah Ahli Sunnah Waljamaah pegangan masyarakat lslam di negara ini memberikan impak yang positif dalam menyatupadukan ummah dan memelihara keharmonian bermasyarakat dan menjamin kestabilan negara. Sungguhpun fahaman Ahli Sunnah Waljamaah bertapak dengan kukuh di Negara Brunei Darussalam, namun negara ini tidak terlepas daripada ancaman dan