Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kukuhkan semangat patriotik dalam diri pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan bagi Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah
    (SASHHB), Rimba di auditorium sekolah berkenaan, kelmarin.  

    Seramai 243 orang penuntut Tahun 7 telah menghadiri taklimat ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ yang telah  disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

    Taklimat antara lain menyentuh mengenai raja, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan keadaan bendera iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Turut hadir ialah Pengetua SASHHB, Haji Norhisyam bin Haji Mohd Noor dan tenaga pengajar sekolah tersebut.

    Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan bagi menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Taklimat telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada 12 orang penuntut berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Antara penuntut Tahun 7 SASHHB, Rimba yang menghadiri taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan. – Gambar serahan Jabatan Penerangan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda