Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuliah tingkat ilmu pertanian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian (FP) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKSPH), baru-baru ini, telah menganjurkan Kuliah Agritalk bertajuk Smart Farming Approach to Maximize Soil, Soilless Media, and Crop Productivity yang diadakan secara dalam talian di Kampus UNISSA Gadong.

    Kuliah dihadiri oleh 42 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian kerajaan dan orang persendirian terutamanya petani-petani muda.

    Pada kuliah berkenaan, Profesor Dr. Ahmed Osumanu Haruna dari Universiti Putra Malaysia, Malaysia hadir selaku fasilitator undangan.

    Antara topik-topik yang dibincangkan menyentuh mengenai keperluan dalam memastikan sistem pertanian iaitu agronomi, ekonomi dan alam sekitar adalah cekap, pengurusan sisa pertanian.

    Selain itu, turut disentuh adalah mengenai isu tanah bermasalah seperti nutrien tanah yang rendah, penggunaan media penanaman tanpa tanah, mengurangkan penggunaan baja kimia dalam pertanian dan kaedah semula jadi bagi mengawal serangan serangga perosak dan penyakit tanaman.

    Dengan adanya kuliah berkenaan, ia diharap boleh membantu membangunkan lagi sektor pertanian dan dapat membimbing pihak-pihak yang ingin menceburi sektor pertanian dengan ilmu-ilmu yang dapat digunakan dalam usaha pertanian mereka nanti.

    Antara yang hadir semasa kuliah di Kampus UNISSA, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda