DUBAI – Setiap malam minggu, penduduk bandar kosmopolitan Dubai dapat merasai kebudayaan Korea Utara di Okryu-gwan, dengan menyaksikan satelit siaran kebangsaan Pyongyang.
Pada malam hujung minggu, seorang pelayan, memakai pakaian merah bertag nama bendera DPRK, membawa dulang berisi dengan minuman Coca-Cola dan dihidangkan ke meja-meja pelanggan.
Pelayan tersebut – salah seorang daripada ribuan warga Korea Utara yang bekerja di Teluk – memberikan minuman ringan dari Amerika Syarikat itu, sementara sekelompok lainnya berada di bilik karaoke peribadi.
Sebuah televisyen flatscreen menyiarkan rancangan-rancangan dari Korea Utara itu yang mana memaparkan suasana pemandangan alam dan klip video propaganda ketenteraan, tetapi ia tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda ketegangan yang semakin meningkat antara Washington dan Pyongyang.
Persembahan tetap diadakan seperti jam kerja di Okryu-gwan, sebuah mikrokosma republik tersebut dan ia adalah salah satu daripada tiga cawangannya di Emiriah Arab Bersatu di daerah paling sibuk di Dubai, Deira.



Sebelum persembahan dimulakan, lampu ruangan restoran tersebut dimalapkan dan kemudian muncul tiga orang pelayan bersedia untuk mengadakan persembahan dan mengambil tempat masing-masing di belakang alat keyboard, keytar dan gitar. Ini adalah persembahan pertama dari enam pertunjukan waktu malam, termasuklah persembahan dari pemain flut, tarian kipas dan lakonan.
Pelayan-pelayan lain pula kelihatan sibuk di sekeliling ruangan restoran, ada yang memanggang daging bulgogi (berbeku) berserta dengan hidangan kimchi pedas (acar kubis), kemudian menuju alat akordion dan seterusnya berlari ke pentas.
“Kami membuat perubahan kecil pada setiap kali persembahan,” kata salah seorang pelayan dengan senyuman yang menarik. Apabila ditanya mengenai sama ada dia pernah bosan dengan rutin malam mereka itu.
“Kami mengatur muzik, kami memilih pakaian, kami melakukan segala-galanya,” tambah Kim Songum.
Mengenai cuti pula, pelayan-pelayan tersebut mengatakan bahawa mereka mendapat sebulan cuti dalam setahun.
“Sudah tentu, kami pulang ke Korea Utara. Ia adalah tempat asal kami dan semuanya murah di sana. Semuanya percuma,” kata Kim, jika dibandingkan dengan kos yang sangat tinggi di Dubai.
Bercakap dalam bahasa Inggeris dengan bantuan dari aplikasi terjemahan, dia berkata pelayan-pelayan ini sangat mengikuti siaran berita yang disiarkan dari televisyen Korea Utara itu.
“Kami tidak mahu berperang,” taip Kim dalam bahasa Korea, dan menambah: “Tetapi kami tidak takut.”
Pengunjung yang memasuki Okryu-gwan tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar ramai bersama dengan kakitangan restoran tersebut.
Penubuhan kulinari Korea Utara itu mungkin ditujukan kepada rasa pengunjung dari Asia Timur – bahkan juga pengunjung dari Korea Selatan, menurut pelayan tersebut. – AFP