Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kulit badan kering, punca dan cara atasinya

    Bagaimana ingin tahu sama ada kulit badan kita kering atau tidak? Apa tanda-tandanya? Ada beberapa petanda yang menunjukkan kulit kita kering, antaranya tekstur kasar, adakala berkuping-kuping dan warnanya kusam.

    Kadang-kadang bila terlalu kering kulit badan boleh jadi sensitif, mudah terdedah dan juga kemerahan. Cara mudah untuk mengetahui kulit kering adalah apabila ternampak putih-putih pada kulit semasa menggores dengan kuku.

    CARA KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT BADAN

    Minum air yang cukup

    Secara amnya dengan meminum banyak air ia bukanlah faktor utama yang melembapkan kulit, tapi ia salah satu keperluan untuk memastikan lembapan dalam sel kulit dapat dikekalkan.

    Akan tetapi perlu dipastikan ia adalah air kosong bukan air yang manis. Air yang mengandungi kafein biasanya menyebabkan kulit kering, dan jika terlebih ambil, garis-garis halus cepat kelihatan.

    Tidur yang cukup

    Sewaktu tidur, tubuh akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan supaya keseimbangan lembapan tubuh dapat dikekalkan menerusi peluh yang terhasil sewaktu tidur.

    Proses semula jadi itu akan berlaku apabila kita mendapat tidur yang cukup. Apabila tidak cukup tidur awda akan perasan kulit mudah kelihatan kusam.

    Gambar oleh www.nivea.co.za
    Gambar Envato

    Jangan abaikan krim pelindung matahari

    Awda perlu rajin memakai krim pelindung matahari dengan menjadikannya sebagai rutin harian kerana selain melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari, pendedahan kepada sinaran ultraviolet (UV) boleh menarik air dari kulit semasa kita berpeluh.

    Ia juga merosakkan kulit pada tahap selular, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.

    Diet sihat

    Makanan seperti kacang, biji, alpukat dan mengandungi minyak boleh memberikan kesan positif pada tahap penghidratan ke-seluruhan kulit serta tahap kulit.

    Buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan lain yang mengandungi vitamin A, C dan D akan membantu mengekalkan penghalang kulit yang sihat yang akan mengunci kelembapan.

    Kenalpasti kandungan produk

    Bahan atau formula yang berlebihan juga boleh menjadi faktor kulit kering. Jadi sebelum membeli mana-mana produk, ketahui apakah antara bahan yang boleh menyebabkan kulit kering.

    Contohnya, jika terlebih guna asid alfa hidroksi (AHA), awda akan dapati kulit mengalami hidrasi.

    Retinol misalnya, ramai tahu kelebihannya dalam meremajakan kulit tapi jika salah guna ia juga boleh menyebabkan kulit kering.

    Gunakan pelembap secara konsisten

    Sudah matlamatnya hendak melembapkan kulit, jadi perlu menggunakan losen atau krim pelembap.

    Asid hyaluronik dan juga gliserin adalah bahan yang banyak digunakan dalam produk penghidratan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda