Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kulit Dahlia ‘tiada cela’

    Tidak hanya berita perkahwinan pelakon Imran Aqil dengan pempengaruh, Dahlia Rizal menjadi tular.

    Turut sama rancak diperkatakan ialah solekan yang dikenakan Dahlia pada malam pernikahannya yang diadakan baru-baru ini.

    Menurut Utusan Malaysia, jurusolek yang dikenali sebagai Yaya itu mengatakan tatarias yang dikenakan kepada isteri pelakon tersebut tidak pernah dilakukannya kepada mana-mana individu sekalipun.

    Kerana kulit Dahlia tergolong dalam kategori ‘tiada cela’, maka Yaya tidak menggunakan bedak asas bagi melengkapkan natural look wanita itu.

    “Saya memang berkali-kali menjadi jurusolek Dahlia untuk beberapa sesi fotografi. Oleh itu, dia memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurusolek majlis istimewanya. – Agensi

    Dahlia dan Imran sudah diijabkabulkan menjadi suami isteri baru-baru ini. – SinarPlus
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda