AFRIKA – Sekurang-kurangnya 1,200 penduduk telah mengenakan pakaian tradisi budaya menari di perhimpunan Zulu di Afrika Selatan baru-baru ini. Kebanyakan penduduk mengenakan pakaian kulit harimau palsu dan sebahagiannya dibuat dari China bagi usaha penduduk itu untuk penyokong pemuliharaan dalam mengurangkan permintaan terhadap daging dan menangkap harimau bintang yang semakin berkurangan di benua itu.
Perhimpunan itu kebanyakannya dihadiri oleh puak Phalanxes dan mereka menari-menari dengan kelengkapan perisai, topi bulu burung dan beberapa jenis pakaian yang lain untuk menimbulkan satu tradisi yang masih kekal dipraktikkan dan berbangga dikenali sebagai salah satu kumpulan etnik utama di Afrika Selatan. Perhimpunan yang diadakan di kawasan Ebuhleni di utara bandar pantai Durban itu sebenarnya memberikan satu keterangan kepada satu sistem budaya yang dipraktikkan oleh masyarakat di kawasan itu. Kebanyakan lelaki memakai pakaian kulit harimau bintang palsu kerana dengan mengenakan pakaian ini ia adalah satu simbol kuasa dan rahmat serta lethality pemangsa.
Ketika ini khususnya di Afrika Selatan, harimau bintang mula terdedah di benua dengan bilangan populasi manusia yang semakin berkembang pesat dan jumlah harimau itu semakin berkurangan disebabkan oleh kehilangan habitat, pemburuan haram untuk kulit-kulit haiwan itu dan faktor-faktor yang lain. “Situasi ini seperti menyalahgunakan sistem pemburuan kerana haiwan ini diburu untuk mengambil kulit mereka yang sebenar dan ia sangat menyedihkan kami,” kata seorang lelaki yang berusia 67 tahun, Msoleni Manqele. Msoleni Manqele telah mengumpul satu salinan perkilangan daripada sebuah kilang dan pengedaran Shembe yang seterusnya memberikan kelompok salinan bentuk kulit harimau bintang dan meniru untuk mencipta satu salinan kulit harimau palsu daripada kumpulan pemuliharaan Panthera.
Raja Hutan
Lelaki yang berjanggut putih itu merasa kagum dengan haiwan itu dan menganggapnya sebagai ‘Raja Hutan’ yang berjuang dengan menggunakan kuku, gigi dan juga kaki belakang. Beliau berkata bahawa dia tahu peribadi seekor harimau bintang dan dapat memahami perilaku haiwan itu kerana beliau menetap di sebuah taman hidupan liar dan mengakui bahawa sebenarnya beliau takut kepada haiwan itu. “Saya sebenarnya takut kepada haiwan ini namun saya pura-pura berani jika berdepan dengannya,” kata Madoda Zungu yang turut berkumpul di perhimpunan itu dan mengenakan pakaian kulit palsu harimau tersebut.


Kumpulan Panthera telah mengedarkan dan menjual pakaian kulit harimau palsu pada tahun 2013 selepas setahun rundingan bersama dengan pemimpin-pemimpin Shembe dan sejak itu, Panthera terus berkembang dan aktif dalam menghasilkan pakaian palsu kulit harimau bintang dan menjualnya kepada orang ramai khususnya puak Phalanxes di wilayah Ebuhleni.
“Ia sangat penting bagi kami untuk mengetahui di mana kita berasal dan sebenarnya pakaian ini melambangkan tradisi kami malah bentuk pakaian ini adalah salah satu daripada pakaian yang benar-benar mempunyai kuasa untuk memberikan kami kekuatan sama ada daripada segi pemikiran, kelakuan dan berupaya untuk memimpin kami,” kata seorang lagi lelaki yang bernama Kholwali Nxumalo kepada wartawan AP.
Nxumalo berkata bahawa beliau sangat berpuas hati dengan keadaan pakaian kulit palsu itu dan masih berharap untuk dapat membeli yang sebenar walaupun terpaksa membuat perbelanjaan yang besar.
Sementara itu, kulit palsu harimau bintang itu dipanggil sebagai ‘Amambatha’ dan telah diedarkan secara percuma sempena perhimpunan itu namun beberapa pengusaha turut menjual kulit harimau bintang yang betul namun dengan harga yang mahal dan tidak banyak. Selain itu juga, perhimpunan itu turut menyaksikan penjualan beberapa barangan eksotik seperti ekor monyet dan banyak lagi.
Selain itu, perhimpunan ini turut mempamerkan beberapa spesies haiwan yang semakin terancam dan memerlukan perlindungan daripada penduduk setempat di kawasan itu dan memberikan pendidikan kepada mereka.
“Kami telah menggambar corak-corak kulit haiwan itu dan kemudian mendigitalkan imej corak itu ke dalam piksel dan menerapkannya ke dalam sistem mesin serta menghantarnya ke kilang-kilang untuk mencuba membuat satu pakaian palsu daripada corak itu dan seakan-akan seperti kulit yang sebenar,” kata Tristan Dickerson, pengurus projek sebuah perusahaan pakaian palsu kulit harimau bintang.

Permit adalah digalakkan untuk menjual dan memiliki kulit harimau bintang namun pihak berkuasa tidak mengharamkan penari Shember disebabkan oleh keperluan budaya dan agama.
Apa yang menarik, perhimpunan pada hari Ahad yang lalu itu turut menghimpunkan beberapa penduduk dari negara-negara jiran seperti Zimbabwe dan juga Mozambique.
Mangsa pemburuan
Dianggarkan sekitar 1,500 dan 2,500 ekor harimau bintang telah dibunuh setiap tahun di rantau ini untuk memenuhi permintaan Shembe untuk kulit harimau bintang dan kira-kira 15,000 kulit harimau bintang yang sebenar telah diedarkan untuk keperluan masyarakat, agama dan sebagainya.
Dianggarkan sekitar 5,000 ekor harimau bintang terdapat di Afrika Selatan dan benua ini merupakan kubu kuat untuk haiwan tersebut berbanding di benua-benua yang lain. Para aktivis pemuliharaan berharap untuk memperluaskan lagi kempen kulit harimau bintang palsu untuk keperluan kumpulan-kumpulan etnik di negara-negara Afrika.
Beberapa dekad yang lalu, budaya mengenakan pakaian harimau bintang mampu memberikan satu kesan kemewahan yang semakin meningkat. Bagi Lizwi Ncwane, peneraju Shembe ingin memartabatkan lagi hak asasi royalti untuk berpindah kepada salinan yang lain.
“Kami mahu menyelamatkan harimau bintang dan pada waktu yang sama, kami tidak mahu mendorong manusia daripada terus melupakan budaya dan adat resam mereka,” tambah Lizwi kepada wartawan meng-akhiri temu ramah. – AP