MALAYSIA – Pelukis visual, Chen Yen Pheng, tidak perlu pergi jauh untuk mencari bahan bagi karyanya.
Kanvas beliau sering kali dihasilkan daripada pokok mulberi yang ditanam di kebunnya di Batu Arang, Selangor.
Kulit dalaman pokok ini, yang kaya dengan bahan berserat, menghasilkan kertas berkualiti tinggi.
Cheng telah menukar kulit pokok ini menjadi kertas sejak tujuh tahun lalu.
Beliau harus melalui proses yang panjang dan teliti untuk menghasilkan kertas tersebut.
Ia melibatkan proses merebus kulit pokok dan menumbuknya sehingga teksturnya menjadi lembut sebelum diolah menjadi lapisan kertas nipis yang seterusnya dijemur di bawah cahaya matahari.
Cheng, yang berminat dalam seni tradisional, menghasilkan pelbagai jenis karya berlainan dengan bentuk yang menarik.
“Malah menjaga pokok berkenaan adalah agak rumit. Tetapi saya sentiasa berusaha memastikan hasilnya berbaloi,” katanya.
Cheng juga mengubah sebahagian kertas tersebut menjadi objek seperti tanglung
dan model pesawat. – ANN/The Star



