Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumbang seludup ditemui bersama snek

    LOS ANGELES, 6 FEB – Puluhan kumbang gergasi yang disembunyikan dalam penghantaran snek Jepun ditemui di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), kata pegawai kastam kelmarin.

    Makhluk hidup yang menggelikan itu, yang sepanjang lima inci, disembunyikan di antara kerepek kentang, coklat dan snek lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles bulan lalu.

    Sebanyak 37 ekor binatang tersebut mungkin ditujukan kepada pengumpul serangga eksotik, kata Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP), dengan anggaran nilai mereka sekitar AS$1,500.

    Kumbang scarab hidup, kumbang tanduk dan kumbang gelap ditemui disembunyikan di antara penghantaran snek Jepun yang tiba di Los Angeles, kata pegawai kastam. – AFP

    “Walaupun mereka kelihatan tidak berbahaya, sebenarnya kumbang yang diseludup ini boleh memberi ancaman besar kepada sumber pertanian penting kita,” kata Cheryl Davies dari CBP di Los Angeles.

    “Kumbang boleh menjadi perosak serius dengan memakan tumbuhan, daun dan akar serta bertelur pada kulit pokok yang merosakkan hutan kita.”

    Spesimen tersebut, termasuk kumbang scarab, kumbang tanduk dan kumbang gelap, kemungkinan akan dihantar ke zoo tempatan yang mempunyai permit untuk makhluk seperti itu, kata CBP.

    Selain daripada masakan tradisionalnya, Jepun kebelakangan ini telah membina reputasi untuk snek inovatif, termasuk coklat KitKat berperisa bunga sakura atau wasabi.

    Namun, walaupun belalang dan cengkerik memang kadang-kadang dijadikan hidangan di meja makan Jepun, terutamanya di kawasan luar bandar, kumbang tidak lazimnya dimakan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda