Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumon ASCEND dirasmikan di Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 SEPT – Pusat pembelajaran Kumon telah membuka cawangannya di Daerah Belait yang diberi nama Kumon Ascend selaras dengan wawasannya untuk mengembangkan para pelajar dalam langkah kecil.

    Pelancaran cawangan yang terletak di Kuala Belait itu, hari ini, telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumon Singapura dan Brunei, Masahiro Takatsu yang dialu-alukan oleh Ketua Tenaga Pengajar Kumon Ascend, Cindy Koh.

    Mengulas mengenai pelancaran cawangan itu, Cindy Koh berkata, beliau mahu membangunkan kanak-kanak yang akan terus belajar sepanjang hidup mereka walaupun setelah mereka meninggalkan pendidikan formal, membesar menjadi orang yang proaktif dalam apa jua yang mereka lakukan dan menyumbang secara positif kepada masyarakat.

    Dalam menamakan pusat pembelajaran itu dengan nama ‘Ascend’, bermakna pergi atau bergerak ke atas dan biasanya dikaitkan dengan mendaki gunung, beliau menjelaskan bahawa mendaki gunung bukan sahaja memerlukan persediaan dari segi kekuatan fizikal malah kecekalan mental.

    “Pendaki gunung dengan tabah mengharungi keadaan-keadaan mencabar dengan satu matlamat jelas dalam minda, disertakan dengan komitmen, disiplin dan kecekalan, semuanya sangat serupa dengan pelajar-pelajar Kumon.

    “Kami berlatih setiap hari dan inilah nilai-nilai yang kami mahukan untuk kanak-kanak di sini (Kumon). Apabila keadaan menjadi sukar, pasukan dan saya akan ada untuk memberi sokongan dan menggalakkan mereka,” jelas beliau.

    Selepas pelancaran pusat pembelajaran berkenaan, Cindy Koh turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai pelbagai ciri dan latihan yang dijalankan di Kumon kepada para jemputan, terdiri daripada ibu bapa dan penjaga hari hadir.

    Masahiro Takatsu dan Cindy Koh ketika merasmikan Kumon Ascend di Daerah Belait. – Gambar oleh Kumon Ascend

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda