Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kumpul lure yang praktikal

    Oleh Raz AS

    Antara hobi sampingan seseorang peminat aktiviti memancing, selain daripada melakukan aktiviti tersebut setentunya adalah mengumpul peralatan-peralatan pancing.

    Jika dilihat atau ditanya mengenai koleksi joran, reel, peralatan terminal yang dimiliki oleh sesorang pemancing itu pastinya awda akan mendapati bukan sekadar satu atau dua set yang ada dalam simpanannya. Kadang-kadang, sudah umpama koleksi muzium kecil.

    Bagi caster, antara peralatan yang paling ‘berhantu’ adalah lure atau umpan tiruan. Setiap kali melangkah kaki masuk ke dalam kedai pancing ada sahaja lure baharu yang dibeli sama ada daripada jenis, bentuk mahupun warna yang berlainan.

    Jika caster itu orang yang berpengalaman sekurang-kurangnya lure yang dibeli itu sudah diketahui tujuannya. Bagaimana hendak menggunakannya, di lubuk mana, ikan apa hendak dipancingnya, bila dan sebagainya.

    Tetapi sekiranya caster itu orang baru-baru hendak belajar, selalunya asal menang membeli kerana harga atau cantik pada pandangan mata tanpa tahu-menahu kegunaan sesuatu lure itu, alamat boleh terbanglah ‘Si Awang Matusin’ begitu sahaja.

    Bagi caster, antara peralatan yang paling ‘berhantu’ adalah lure atau umpan tiruan.
    Pastikan lure yang ingin dibeli sesuai dengan situasi tempat pancing kita.

    Terlalu banyak jenis lure yang ada di pasaran, sehinggakan tidak mustahil petugas di kedai pancing itu sendiri tidak tahu untuk apa tujuannya, tidak tahu cara menggunakannya. Apabila ditanya jawapannya ‘balang-tarik’ dan ‘untuk tangkap ikan’.

    Hal terburuk yang boleh terjadi selain daripada membazir wang, kebanyakan lure yang dibeli itu rupa-rupanya tidak sesuai digunakan di kawasan tempat kita memancing, ini boleh jadi kerana faktor persekitaran seperti kedalaman air, berstruktur atau perairan terbuka, spesies yang ada di sana dan bermacam-macam lagi.

    Bayangkan kita secara tidak sengaja membeli lure jenis selaman dalam sedangkan kita hanya memancing dari tebing. Membeli jig untuk di laut tetapi kita hanya memancing di kawasan estuari dan sungai. Ataupun membeli lure jenis spinner kerana kata tauke kedai ia bagus untuk spesies snakehead tetapi kita hanya memancing dalak di parit-parit yang dipenuhi semak.

    Terlalu banyak kali tersalah membeli lure tidak mustahil boleh mematahkan semangat si pemancing untuk terus berkecimpung sebagai seorang caster, ikan tidak pernah dapat wang pula banyak yang sudah terbang.

    Oleh itu selain menimba ilmu daripada orang yang lebih berpengalaman, pentingnya untuk banyak membaca bahan-bahan forum, buku, majalah atau artikel untuk mendapatkan pelbagai perspektif yang berbeza tidak kiralah daripada sumber tempatan mahupun luar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...