Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Awal Haji selamat kembali

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Kumpulan Awal Haji (Advanced Hajj) Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) yang diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Delegasi, Haji Mahmud bin Haji Mohamed, selamat kembali ke Negara Brunei Darussalam, hari ini, setelah berjaya menamatkan misi mereka di Arab Saudi.

    Delegasi berkenaan telah berlepas pada 4 Mei lalu untuk mengawasi dan membuat persiapan akhir bagi jemaah-jemaah haji DSSB.

    Semasa di Arab Saudi, kumpulan berkenaan mengadakan banyak lawatan tapak dan perjumpaan dengan penyedia perkhidmatan serta pihak berkuasa untuk memastikan bahawa penginapan, pengangkutan, makanan dan logistik keseluruhan diselaraskan dengan baik sebelum ketibaan para jemaah.

    Penempatan awal mereka adalah amat penting dalam memastikan bahawa kesemua logistik dan operasi bagi ibadah haji tahun ini di bawah DSSB berjalan dengan lancar.

    Seramai 506 orang jemaah telah memilih DSSB sebagai operasi haji mereka pada tahun ini, menjadikannya lebih daripada separuh kuota haji Brunei. DSSB menawarkan tiga jenis pakej haji iaitu Delima, Fairuz dan Zamrud untuk memenuhi keperluan dan keutamaan yang berlainan.

    DSSB merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat di Negara Brunei Darussalam dan Arab Saudi, atas sokongan tidak berbelah bahagi dalam memastikan perjalanan haji yang lancar untuk semua.

    Kumpulan Awal Haji DSSB selamat kembali ke tanah air. – GAMBAR SERAHAN DSSB
    GAMBAR SERAHAN DSSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda