Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Barek Peradian juara Kejohanan Badminton Victory Smash Cup

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Awang Mustapha bin Haji Abdul Hamid dan gandingannya, Awang Muhd Zuhar bin Hamir daripada Kumpulan Barek Peradian muncul juara Kejohanan Badminton Victory Smash Cup bagi Beregu Lelaki Kategori Intermediate yang diadakan di Dewan Setenaga Tanjung Nangka, baru-baru ini.

    Sementara naib juara pula disandang oleh Kumpulan Larap terdiri daripada Awang Muhammad Faiz bin Haji Alinor dengan gandingannya, Awangku Adi Aiman bin Pengiran Haji Jofri manakala di tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan FD Team iaitu Pengiran Hamdillah bin Pengiran Ahmad dan Joemari Joe.

    Seramai 32 pemain bersaing pada kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Omnislash dengan sokongan daripada Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Super Smash, Sunway Cube, Simply Affordable dan Dewan Satenaga Tanjung Nangka.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Awang Mohammad Ali Hanafiah Yussof iaitu penaja dari Super Smash.

    Antara lain tujuan kejohanan itu diadakan adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, sekali gus mengeratkan silaturahim serta mengembangkan sukan melalui badminton.

    Para pemenang bergambar ramai pada Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Kategori Intermediate di Dewan Setenaga Tanjung Nangka. – GAMBAR SERAHAN OMNISLASH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda