Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan BBMW meriahkan Hari Terbuka Kampus Mekanik

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), baru-baru ini, telah menjemput Kumpulan BBMW untuk mengadakan pameran kereta bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka Kampus Mekanik berkenaan di Kampung Tungku.

    Pameran yang dijalankan selama dua hari berakhir 19 Februari itu telah menampilkan sebanyak 24 buah kereta BMW pelbagai model yang turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua BBMW, Awang Iskandar Zulkarnaian bin Haji Julaihi bersama 11 ahli jawatankuasa BBMW dan ahli keluarga mereka.

    Selain mempamerkan kereta BMW, ahli-ahli BBMW juga sempat berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan bersama para pengunjung mengenai alat ganti dan cara pengubahsuaian kereta yang bersesuaian sekali gus membuat pemeriksaan kenderaan mereka melalui pakar-pakar BMW yang terdiri daripada ahli-ahli BBMW.

    Kumpulan BBMW bergambar ramai semasa Hari Terbuka Kampus Mekanik.
    Kumpulan BBMW bergambar ramai semasa Hari Terbuka Kampus Mekanik.

    Pada akhir pameran itu, sebagai tanda penghargaan, Ketua Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, Kampus Mekanikal IBTE, Awang Armi Durani bin Haji Duraman telah menyampaikan sijil penyertaan kepada Naib Yang Di-Pertua BBMW, Awang Muhd Nur Sham bin Haji Abdullah Sani.

    Acara itu turut mengadakan penyampaian cenderahati daripada Kumpulan BBMW kepada pihak kampus yang disampaikan oleh Setiausaha Agung BBMW, Haji Mohd Suazmie bin Haji Zulkifli.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda