Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Belia Masjid Kg Belimbing Subok ditubuhkan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Bagi menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan belia yang beriman dan proaktif, Masjid Kampung Belimbing Subok telah menubuhkan Kumpulan Belia Masjid.

    Penubuhan kumpulan berkenaan bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan agar remaja yang tinggal di kawasan kampung dan sekitarnya dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.

    Majlis perasmian kumpulan berkenaan telah diadakan kelmarin di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan surat lantikan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Pada majlis itu, Ketua Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Yusli bin Haji Ashli menyampaikan taklimat untuk para belia masjid berkenaan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, dengan tertubuhnya Kumpulan Belia Masjid Kampung Belimbing Subok, secara tidak langsung dapat mendekatkan para belia dan beliawanis kepada masjid.

    Ia juga boleh membantu pegawai masjid bagi meramaikan jemaah menghadiri aktiviti-aktiviti yang dikendalikan di masjid berkenaan.

    Selain itu, kumpulan itu juga berperanan untuk membantu pegawai masjid dalam merancang, menyusun program dan mengendalikan kegiatan tersebut untuk belia itu sendiri.

    Haji Amir Hisham menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang ahli kumpulan belia masjid. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda