Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan BMW atasi trend pasaran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Trend jualan Kumpulan BMW pada bulan Jun terus positif di mana penghantaran di seluruh dunia meningkat 0.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas dengan jumlah jualan premium BMW, MINI dan Rolls-Royce sebanyak 240,674 unit.

    Menurut Kumpulan BMW dalam kenyataannya hari ini, jumlah jualan tahun ini mencecah 1,252,837 (+0.8 peratus) buat kali pertama apabila syarikat menjual lebih 1.25 juta unit kenderaan pada separuh pertama 2019 walaupun pasaran di seluruh dunia tidak menentu.

    Jualan keseluruhan kenderaan jenama BMW meningkat 1.4 peratus pada bulan Jun tahun ini, dengan 203,523 unit dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia. Hasilnya menjadikan jumlah jualan untuk separuh pertama tahun ini kepada 1,075,959 atau lebih kurang 1.6 peratus. Kedua-dua angka itu merupakan rekod tertinggi yang baharu.

    Kenderaan baharu atau semakan BMW X terus menjadi pemacu pertumbuhan terbesar dengan jualan global BMW X2 naik 19.1 peratus pada bulan Jun, sementara jualan BMW X3 meningkat sebanyak 66.6 peratus. Penghantaran BMW X4 pula meningkat sebanyak 70.8 peratus.

    Kurang tiga bulan selepas pelancarannya, 13,555 unit kenderaan mewah BMW X7 telah dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia. Pada separuh pertama tahun ini, 467,134 unit BMW X dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia, mencakupi 43.4 peratus daripada jualan keseluruhan jenama atau hanya 35.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    Trend global penghantaran kenderaan Kumpulan BMW meningkat 0.7 peratus pada suku pertama 2019 berbanding tahun lepas.

    Jun adalah bulan paling menarik untuk kenderaan elektrik Kumpulan BMW apabila perancangan syarikat untuk mempunyai 25 model elektrik di pasaran menjelang 2023 diumumkan dua tahun lebih awal daripada perancangan. Lebih separuh daripada model ini digerakkan oleh kuasa elektrik sepenuhnya.

    Pada acara #NEXTGen syarikat, juga diumumkan bahawa untuk tahun 2021 ialah jualan kereta elektrik Kumpulan BMW dijangka meningkat dua kali ganda berbanding jumlah perolehan pada tahun 2019.

    Jualan BMW i meningkat 22.0 peratus pada separuh pertama tahun ini, dengan permintaan BMW i3 pula meningkat 21.2 peratus dalam tempoh yang sama. Jualan model hibrid plug-in BMW 5 Series meningkat 43.4 peratus pada separuh pertama tahun ini sementara penghantaran hibrid plug-in MINI Cooper SE Countryman ALL4 pula meningkat 55.8 peratus.

    Kejayaan itu diumumkan pada pameran pertama MINI Electric, baru-baru ini, di mana lebih 40,000 pelanggan sudah menyatakan minat terhadap kereta yang akan dikeluarkan di Kilang Oxford pada bulan November ini.

    Dalam segmen yang sangat kompetitif, syarikat mengekalkan tumpuannya untuk menjana keuntungan walaupun jualan MINI pada separuh pertama tahun ini menurun sedikit. Penghantaran untuk tahun 2019 setakat ini berjumlah 174.344 (-3.9 peratus) manakala jualannya pada bulan Jun berbanding tahun lepas menurun sebanyak 3.5 peratus atau hanya 36,645 unit.

    Pertumbuhan jualan kukuh di Rolls-Royce berterusan dengan 2,534 unit dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia (+42.3 peratus) pada separuh pertama tahun ini.

    Setiap rantau di seluruh dunia mencatat pertumbuhan dengan permintaan berterusan untuk semua model. Permintaan luar biasa untuk Cullinan berlanjutan, tempahan sudah melangkah ke suku pertama tahun 2020. Jenama tersebut berada di landasan terbaik untuk tahun yang kukuh pada tahun 2019.

    Jualan Motorrad BMW pula terus kukuh dengan penghantaran terkini sebanyak 7.1 peratus (93,188). Pada bulan Jun, sejumlah 18,230 (+7.4 peratus) motosikal premium BMW Motorrad dan maxi skuter dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia.

    Walaupun trend semasa menjejaskan industri auto-motif, namun pada bulan Jun, BMW sekali lagi mencatat peningkatan jualan di ketiga-tiga pasaran terbesarnya dan terus mengejar trend di Amerika Syarikat apabila mencapai pertumbuhan 7.5 peratus pada bulan ini.

    Walaupun pasaran kereta premium di Jerman merosot pada bulan Jun 2019, tetapi penghantaran kenderaan BMW mencatat peningkatan 0.5 peratus dengan Tanah Besar China meraih pertumbuhan lebih daripada 21.8 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda