Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan D’Ceteria rai ulang tahun ke-50

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Kumpulan D’Ceteria yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1960-an, kelmarin mengadakan Majlis Silaturahim Aidilfitri sempena 50 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara itu dihadiri oleh sahabat handai dan ahli keluarga antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu dengan yang lain.

    Sementara itu, temu bual bersama Ketua Kumpulan D’ Ceteria Pengiran Haji Mohamad bin Pengiran Haji Duraman berkongsi latar belakang kumpulan yang ditubuhkan pada 1967 dan setakat ini telah menghasilkan lebih 100 buah lagu yang terus disiarkan di stesen-stesen radio di negara ini.

    Pada majlis itu juga, tetamu yang hadir juga berpeluang menyaksikan persembahan Kumpulan D’Ceteria dan pameran mengenai kenangan manis kumpulan tersebut.

    Kumpulan D’Ceteria bergambar ramai bersama tetamu yang hadir pada majlis itu.
    Antara gambar persembahan Kumpulan D’Ceteria satu ketika dahulu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda