Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kumpulan gerila tembak mati pesara tentera

    BANGKOK, 25 SEPT – Seorang bekas pegawai tinggi tentera Myanmar ditembak mati di kediamannya di bandar terbesar, Yangon, dalam pembunuhan terbaharu berkait dengan militan yang menentang pemerintahan tentera.

    Ohn Thwin dipercayai antara pegawai tentera yang masih berkhidmat dan yang sudah bersara dibunuh sejak Februari tahun lalu, apabila tentera merampas kuasa daripada kerajaan yang dilantik, Aung San Suu Kyi, mencetuskan kemarahan awam meluas.

    Kumpulan gerila yang digelar Inya Urban Force mendakwa telah bertanggungjawab atas serangan terhadap Ohn Thwin, 72, yang pernah berkhidmat sebagai duta Myanmar ke Maldives, Sri Lanka, Bangladesh dan Afrika Selatan. Anak menantunya turut dibunuh.

    Jurucakap kerajaan tentera, Mejar Jeneral Zaw Min Tun, mengesahkan kematian Ohn Thwin malam kelmarin. Dia mengutuk serangan ke atas pesara tentera itu.

    Rampasan kuasa telah mencetuskan bantahan aman yang ditindas oleh pasukan keselamatan dengan keganasan berdarah, menyebabkan penentangan bersenjata yang bertukar kepada apa yang disifatkan oleh pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai perang saudara.

    Ohn Thwin ditembak di kepala oleh dua orang lelaki kira-kira pukul 3 petang apabila dia membuka rumahnya di bandar Hlaing di Yangon, menurut dua orang penduduk, yang bercakap tanpa mendedahkan nama mereka kerana bimbang dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa, pada hari ini.

    Mereka berkata, anak menantunya, Ye Tay Za, juga seorang pesara tentera, turut ditembak apabila dia cuba melawan dan membantu Ohn Thwin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...