Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan GFriend akan dibubarkan?

    GFriend muncul dengan satu berita mengejutkan! Semua anggota tidak memperbaharui kontrak mereka dengan agensi mereka, Source Music.

    “Kami ingin mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada semua Buddy dan peminat yang telah menunjukkan cinta kepada GFriend. Kami meminta agar anda memberikan cinta dan sokongan yang tidak berubah kepada para anggota yang akan memulai pengembaraan mereka di kawasan baru,” kenyataan dari pihak agensi, yang dipetik dari Soompi.

    Namun, dalam kenyataan ini, tidak dinyatakan sama ada kumpulan K-Pop ini dibubarkan atau dikekalkan.

    Seperti yang dinyatakan oleh Koreaboo, media Korea Selatan Tenasia mengatakan bahawa GFRIEND akan bubar dalam waktu terdekat. Namun, tidak ada perincian lain yang diberikan mengenai berita ini. Source Music juga tidak memberi respons kepada berita tersebut.

    GFriend memulakan penampilan pertamanya pada tahun 2015 dengan enam ahli iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB, dan Umji. Mereka memulakan penampilan pertamanya dengan Glass Bead dan terkenal dengan tarian yang bertenaga. Selepas itu, mereka menghasilkan sejumlah hits seperti Me Gustas Tu, Rough, Navillera, dan lain-lain. – Agensi

    Semua anggota GFriend tidak memperbaharui kontrak mereka dengan agensi mereka, Source Music dan dikhabarkan kumpulan tersebut akan dibubarkan dalam waktu terdekat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda