Thursday, October 24, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan GISB didakwa anggotai jenayah terancang

    SELAYANG, 23 OKT – Eksekutif tertinggi konglomerat Malaysia yang dikaitkan dengan ajaran sesat didakwa hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang selepas serbuan polis mendapati kes penderaan kanak-kanak dalam pertubuhan itu.

    Ketua Eksekutif Perkhidmatan dan Perniagaan Global Ikhwan (GISB), Nasiruddin Ali, 65, dan isterinya, Azura Yusof, serta 20 pemimpin kanan mendengar pertuduhan di mahkamah di bandar Selayang, di negeri Selangor di luar ibu negara Kuala Lumpur.

    Menurut kertas pertuduhan, Nasiruddin dan yang lain didapati menganggotai kumpulan jenayah terancang yang dikenal pasti sebagai GISB Holdings.

    Peguam bela, Rosli Kamaruddin, berkata beliau akan meminta peguam negara sama ada menyemak atau menggugurkan pertuduhan.

    Mahkamah menetapkan 23 Disember untuk sebutan lanjut, dan tiada jaminan diberikan. Pengakuan kumpulan itu akan diambil kemudian di Mahkamah Tinggi.

    Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

    Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita telah dibawa ke mahkamah di bawah kawalan keselamatan polis yang ketat. – AFP

    Nasiruddin tiba di Mahkamah Majistret di Selayang, di pinggir Kuala Lumpur pada 23 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda