Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kumpulan hak asasi dakwa tentera lakukan jenayah perang

    BANGKOK, 24 JAN – Sekumpulan orang dari Myanmar telah memfailkan aduan jenayah di Jerman dengan mendakwa tentera di negara mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan, kata pertubuhan hak asasi manusia itu hari ini.

    Kes itu dikemukakan kepada Persekutuan Pendakwa Raya Awam Jerman di bawah bidang kuasa universal, yang membenarkan penuntutan tertentu jenayah yang amat buruk tanpa mengira di mana ia berlaku, dan telah digunakan untuk membicarakan orang Syria kerana kekejaman yang dilakukan semasa perang saudara.

    Seramai 16 orang pengadu tinggal di beberapa buah negara termasuk Myanmar, dan terdiri daripada pelbagai kaum di negara tersebut – termasuk Rohingya, komuniti Burma yang dominan dan minoriti Chin. Aduan mereka dibuat sejak 2017, apabila negara itu ditadbir oleh kerajaan awam, hingga 2021, selepas rampasan kuasa yang membawa kepada pemerintahan junta.

    “Mereka (pihak tentera) tidak menganggap kami sebagai rakyat mereka dan melayan kami seperti binatang,” kata Thi Da, seorang dari etnik Chin berusia 35 tahun. Suaminya hilang sejak September, susulan rampasan kuasa tentera pada 2021.

    Aduan setebal 215 muka surat itu mendakwa tentera ‘secara sistematik membunuh, memperkosa, menyeksa, memenjarakan, menculik, menghukum dan melakukan perbuatan jenayah lainnya yang setanding pembunuhan beramai-ramai, jenayah ke atas kemanusiaan, dan jenayah perang,” kata kumpulan Fortify Rights, yang mengetuai kes undang-undang, menurut satu kenyataan. – AFP

    Ketua pegawai eksekutif, Matthew Smith memegang aduan jenayah semasa sidang media di Bangkok.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...