Saturday, March 29, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Isteri beri sumbangan kepada tabung anak yatim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari menerima sumbangan derma bagi Tabung Anak-anak Yatim Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) berjumlah $5,000 daripada Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), di sini, menyatakan sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi selaku Pengerusi II Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu.

    Sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan daripada ahli-ahli kumpulan tersebut. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh serta ahli-ahli daripada kumpulan berkenaan.

    Hajah Nor Ashikin (kanan) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datin Hajah Nahriah (kiri). – 
    Gambar ramai semasa penyampaian sumbangan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JAPEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda