Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan jenayah ‘tersilap’ bunuh lima pelancong

    QUITO, 31 MAC – Kumpulan penjenayah di Ecuador menculik, menyoal siasat dan membunuh lima pelancong akibat tersilap identiti dan menyangka mereka adalah ahli kumpulan sindiket dadah saingan, kata pegawai penguatkuasa.

    Kira-kira 20 penyerang menyerbu sebuah hotel pada Jumaat di bandar pantai Ayampe di selatan Ecuador dan menculik enam orang dewasa dan seorang kanak-kanak, kata komander polis tempatan, Richard Vaca.

    “Pelancong yang diculik, kesemuanya warga Ecuador, disoal siasat dan beberapa jam kemudian, mayat lima orang dewasa ditemui dengan kesan tembakan di jalan raya,” katanya.

    Penyerang ‘nampaknya tersilap identiti dan menyangka mereka adalah musuh’ daripada sindiket dadah saingan mereka, kata Vaca.

    Presiden Ecuador, Daniel Noboa berkata seorang ditangkap setakat ini dalam kes berkenaan dan kerajaan sedang menjejaki penyerang yang lain.

    Ecuador, yang sebelum ini dianggap sebagai kubu keamanan di Amerika Latin, kini terjerumus dalam krisis susulan penyebaran pesat kartel transnasional yang menggunakan pelabuhannya untuk menghantar dadah ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

    Pada Januari, Noboa mengisytiharkan darurat di Ecuador dan mengumumkan perang negara itu terhadap kumpulan penjenayah selepas berlaku gelombang keganasan susulan kejayaan seorang ketua penjenayah melarikan diri dari penjara. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda