Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, Dua Roda BN dan Delta Bikers telah menganjurkan acara konvoi motosikal yang disertai oleh para penggemar motosikal. Perjalanan konvoi itu bermula dari Jerudong dan berakhir di Istana Nurul Iman.