Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Pegasus Brunei menang 70-65

    Oleh James Kon

    MALAYSIA, 11 OGOS – Aksi hebat daripada Marcus Quirk menentang Singapore Adroit membantu Pasukan Pegasus dari Negara Brunei Darussalam untuk memenangi perlawanan pertamanya dalam kumpulan ‘C’ Liga-D Malaysia kelmarin.

    Tindakan Quirk memperoleh 21 mata membantu pasukannya menewaskan lawan dengan keputusan 70-65, selepas tewas dalam perlawanan menentang Speedhunters pada Isnin.

    Pada suku pertama, Quirk dan Jeremy Chu berjaya memperoleh 14 mata menentang Singapore Adroit, berkesudahan 24-11.

    Pegasus mengekalkan momentum sepanjang perlawanan, namun Singapore Adroit mampu mengejar pasukan Brunei dengan jarak lima mata pada minit akhir perlawanan.

    Pada saat-saat akhir perlawanan, Barry Tsung Lik King berjaya menampan bola sekaligus mengesahkan kemenangan Pasukan Pegasus.

    Pegasus akan menentang Penang Sunrise Youngsters esok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda