Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan penyeludup ganja berjaya ditumpaskan

    MADRID, 7 OGOS – Polis Sepanyol, dengan kerjasama pihak berkuasa Britain dan Ireland, telah menumpaskan kumpulan penjenayah yang disyaki menyeludup ganja yang disembunyikan di dalam karung makanan haiwan yang dihantar ke Ireland, kata pegawai, hari ini.

    Siasatan bermula pada 2025 selepas pihak berkuasa mengenal pasti kumpulan yang melibatkan warga Britain, Ireland dan Sepanyol menggunakan syarikat pengangkutan antarabangsa untuk menghantar makanan haiwan dengan daun ganja yang disembunyikan ke Ireland, kata Polis Negara Sepanyol dalam satu kenyataan.

    Pegawai menganggarkan kumpulan itu mengedar lebih daripada tiga tan ganja sejak 2019, mengekalkan penghantaran bulanan secara konsisten, tambahnya.

    Beberapa penghantaran telah dipintas di Sepanyol dan Ireland semasa siasatan, dengan kira-kira 300 kilogram ganja dirampas.

    Pihak berkuasa juga menahan 13 orang di Sepanyol dan seorang di Ireland.

    Operasi itu dijalankan dengan sokongan Garda Siochana Ireland dan Agensi Jenayah Kebangsaan Britain.

    Sebanyak 12 serbuan telah dilakukan di Madrid dan wilayah selatan Andalusia, di mana pegawai berjaya merampas sepucuk pistol semiautomatik, tiga senjata api kosong dan wang tunai 96,000 euro (AS$104,000). – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda