Wednesday, October 23, 2024
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan pertama jemaah Umrah PGGMB berlepas ke Jeddah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seramai 10 orang kumpulan pertama para jemaah daripada Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) bertolak ke Jedah untuk melaksanakan ibadah Umrah, kelmarin.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas untuk mengucapkan selamat berlepas kepada para jemaah ialah Pengerusi PGGMB Travel Service Sdn Bhd, Haji Badar bin Haji Mohd Ali.

    Para jemaah berkenaan terdiri daripada kumpulan pertama daripada jumlah keseluruhan seramai 300 orang jemaah yang telah mendaftar dengan PGGMB Travel Service Sdn Bhd untuk menunaikan ibadah Umrah tahun ini.

    Kumpulan seterusnya dijadualkan bertolak secara berperingkat-peringkat dan berkumpulan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sehingga Disember.

    Pada 20 Oktober lalu, semua jemaah telah menghadiri taklimat bimbingan umrah yang dikelolakan oleh PGGMB Travel Services Sdn Bhd sebagai bimbingan dan persiapan awal para jemaah sebelum bertolak ke Tanah Suci.

    Haji Badar bergambar ramai dengan jemaah umrah PGGMB. – Gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda