Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Kumpulan perusuh Pakistan bunuh penghina agama

    LAHORE, PAKISTAN, 12 FEB – Beratus-ratus orang Islam turun ke balai polis di wilayah Punjab timur Pakistan kelmarin, mengeluarkan secara paksa seorang suspek penghina agama dari penjaranya dan membawanya keluar serta membunuhnya, kata polis setempat.

    Pegawai kanan polis, Babar Sarfaraz Alpa berkata seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Waris telah berada dalam tahanan polis kerana mencemarkan muka surat salinan kitab suci Islam, Al-Quran.

    Beliau berkata Waris menampal imej dirinya, isteri dan pisau pada beberapa muka surat buku itu, memaparkannya dan melemparkannya di daerah pedalaman Nankana.

    Alpa berkata ratusan perusuh yang marah menyerbu balai polis Warburton di mana beberapa penunjuk perasaan menggunakan tangga kayu untuk memanjat dinding dan membuka pintu pagar utama untuk kumpulan perusuh.

    Alpa berkata kumpulan itu menggeledah seluruh balai polis dan membawa Waris secara paksa keluar dari penjaranya.

    “Apabila pasukan polis tiba di tempat kejadian, kumpulan perusuh itu telah membunuh lelaki itu dan hendak membakar mayatnya. Tetapi polis dengan bantuan orang awam yang berperikemanusiaan di kawasan itu telah menggagalkan percubaan mereka,” katanya.

    Tuduhan menghina agama boleh membawa hukuman mati di bawah undang-undang Pakistan.

    Kumpulan hak asasi antarabangsa dan Pakistan berkata tuduhan sedemikian sering digunakan untuk menakut-nakutkan agama minoriti dan menyelesaikan masalah peribadi.

    Kerajaan Pakistan telah lama berada di bawah tekanan untuk mengubah undang-undang penghinaan agama di negara itu, sesuatu yang ditentang keras oleh kumpulan Islam. – AP

    Undang-undang anti-penghinaan agama yang ketat di Pakistan sering digunakan sebagai alasan untuk keadilan bagi kumpulan perusuh. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...