Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan SSR adakan kayuhan santai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TUTONG, 17 JULAI – Dalam memeriahkan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kumpulan Santai-santai Riders (SSR) telah mengadakan kayuhan santai, baru-baru ini.

    Aktiviti berbasikal kayuhan santai sejauh 42.4 kilometer itu bermula dari perkarangan Pekan Tutong ke Kampung Danau dan seterusnya kembali semula ke Pekan Tutong, dengan diketuai oleh Ketua Pasukan SSR, Haji Mohammed bin Haji Mohd Zanai.

    Haji Mohammed menjelaskan, menjalankan aktiviti sihat seperti berbasikal santai itu bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malahan berpeluang untuk meluangkan masa berkumpul bersama sahabat sepasukan bagi menjalani aktiviti tersebut semasa hari kelepasan awam mahu pun setiap hujung minggu.

    Ahli SSR bergambar ramai semasa menjalankan aktiviti kayuhan santai, baru-baru ini. – Gambar serahan SSR

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda