Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Syababul Iman MSSAS gema Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Di penghujung Syawal, Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong (MSSAS) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir MSSAS telah mengadakan Ukhuwah Aidilfitri bertempat di masjid tersebut, baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardu Isyak secara berjemaah diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Bilal MSSAS, Haji Razimey bin Haji Salleh.

    Seterusnya, bersama menikmati jamuan makan malam yang diserikan dengan kehadiran beberapa peniaga live cook. Majlis diteruskan dan ditutup dengan sesi pertukaran hadiah dalam kalangan AJK Kumpulan Syababul Iman.

    Majlis sedemikian merupakan acara tahunan yang antaranya bertujuan untuk meraikan hari kemenangan sambil terus mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan antara golongan belia Kumpulan Syababul Iman, AJK MSSAS, Kumpulan Muslimah MSSAS dan juga para jemaah masjid tersebut.

    Kumpulan Syababul Iman MSSAS semasa meraikan majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN SYABABUL IMAN MSSAS
    Sesi pertukaran hadiah dalam kalangan AJK Kumpulan Syababul Iman. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN SYABABUL IMAN MSSAS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda