Oleh Daniel Lim
BELAIT, 30 OGOS – Kumpulan Line Dancing, Persatuan Foochow telah meraikan ulang tahunnya yang pertama dengan majlis yang diadakan di dewan persatuan berkenaan di Kuala Belait, kelmarin.
Hadir pada majlis sambutan berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Foochow, Tan Tei Tei, Ketua Kumpulan Wanita Persatuan Foochow, Agnes Hwong dan beberapa orang penasihat kehormat tetap persatuan berkenaan serta ahli-ahli persatuan.
Pada majlis berkenaan, Tan Tei Tei dan Agnes Hwong serta beberapa orang ahli kumpulan berkenaan sama memotong kek bagi meraikan ulang tahun pertama kumpulan tersebut, di samping itu, majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah.
Majlis sambutan berkenaan juga merupakan satu peluang bagi kumpulan berkenaan untuk meneruskan aktiviti di mana mereka juga menari mengikut muzik yang disediakan.
