Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan terakhir Program JENESYS 2016 berlepas ke Jepun

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Izah Azhari

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Seramai 13 belia berlepas ke Jepun hari ini bagi mengikuti Program JENESYS 2016 atas jemputan kerajaan Jepun.

    Rombongan ke-9 dari kumpulan terakhir Program JENESYS 2016 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Brunei. Tema bagi lawatan rombongan ini adalah ‘Environmental Business’ dan kumpulan tersebut akan dibawa melawat ke wilayah Nagasaki di Pulau Kyushu di barat Jepun.

    Para peserta akan melawat syarikat di wilayah yang terlibat dalam pelupusan sisa industri dan belajar mengenai usaha mereka dalam menjadikan sisa ke dalam sumber dan mengurangkan kesan terhadap alam semula jadi.

    Inisiatif Jepun seperti ini telah membangunkan pengetahuan dan teknologi yang dijangka berguna dan tepat pada masanya bagi Brunei, yang bersetuju dengan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim pada September tahun lepas.

    Para peserta rombongan bergambar ramai sebelum berlepas ke Jepun bagi mengikuti Program JENESYS 2016.
    Para peserta rombongan bergambar ramai sebelum berlepas ke Jepun bagi mengikuti Program JENESYS 2016.

    Nagasaki juga dikenali sebagai satu-satunya pelabuhan di Jepun yang terbuka bagi perdagangan antarabangsa walaupun di bawah Tokugawa Shogunate, yang melarang perdagangan asing melalui semua pelabuhan Jepun yang lain selama lebih 200 tahun sehingga tahun 1854, namun wilayah ini kaya dengan tapak yang mempunyai kepentingan bersejarah yang merekodkan pertemuan awal antara Jepun dan Barat.

    Para peserta akan berpeluang untuk melawat beberapa kawasan menarik termasuk tapak memperingati sejarah kekejaman daripada bom atom yang digugurkan di Kota Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

    Kerajaan Jepun berharap, melalui Program JENESYS, para belia yang mengambil bahagian akan mendalamkan pemahaman mereka di Jepun dan seterusnya menggalakkan mereka dalam peningkatan kepada kepelbagaian ekonomi Brunei dan promosi PKS Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda