Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kumpulan Ukur ‘A’ muncul juara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Kumpulan Ukur ‘A’ dari Jabatan Ukur muncul juara setelah berjaya menewaskan Jawatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dengan jaringan 13-11 dalam Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam, kelmarin.

    Dalam kejohanan kelolaan JASTRe berkenaan, Pasukan JASTRe menduduki tempat kedua manakala Kumpulan Ukur ‘B’, Jabatan Ukur menduduki tempat ketiga. Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Turut hadir menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Hajah Martinah binti Haji Tamit selaku pengerusi kejohanan; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; isteri Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Hajah Husnah binti Haji Awang Damit, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Kejohanan yang berformatkan pusingan robin itu disertai oleh sebanyak sembilan buah pasukan iaitu JASTRe, Kementerian Pembangunan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan (JKR), Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Tanah, Kumpulan Ukur ‘A’, Kumpulan Ukur ‘B’, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta Jabatan Jalan Raya.

    Kejohanan itu bermatlamat untuk menggalakkan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan, lebih-lebih lagi setelah ia baru dapat dilaksanakan semula pasca pandemik COVID-19.

    Selain daripada itu, kejohanan juga bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan dalam bekerja secara berpasukan, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Kumpulan Ukur ‘A’ bergambar bersama trofi yang dimenangi semasa Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam, kelmarin. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...