KUALA LUMPUR, 17 FEB – Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal tahun sehingga kini meningkat kepada 13,094 kes, berbanding 4,284 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, yakni peningkatan sebanyak 8,810 kes, atau 205.6 peratus.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan sembilan kematian akibat komplikasi demam turut direkodkan berbanding tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.
“Bagaimanapun jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) keenam tahun ini (5 hingga 11 Februari) menurun sebanyak 8.9 peratus kepada 1,967 kes dengan tiga kes kematian berbanding 2,159 kes pada minggu sebelumnya,” katanya.
Menurutnya 86 lokaliti hotspot direkodkan pada minggu ini berbanding 82 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 50 lokaliti berada di Selangor, Sabah (22), di Kuala
Lumpur dan Putrajaya (11) dan tiga lokaliti di Pulau Pinang. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P10-3Denggi_18022023.jpg)