Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Ke arah mencapai matlamat melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Unit Perkhidmatan Kaunseling, Bahagian Pentadbiran telah mengadakan Program ‘Kun Qawiyya’ (Be Strong) bagi memupuk semangat jati diri, kerjasama, setia kawan serta perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah Arab baru-baru ini.
Acara yang diadakan di Pantai Muara itu disertai oleh seramai 69 pelajar Tahun 9 hingga Pra U1 yang terdiri dari Pembimbing Rakan Remaja (PRR) serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah-sekolah Arab.
Hadir selaku tetamu khas bagi menyampaikan sijil dan cenderahati ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Mariana binti Haji Jamil.
Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat; bergambar ramai; senamrobik dan seterusnya aktiviti team building.
Program tersebut diungkayahkan dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Gambar Captions: